Wednesday, 4 May 2016

KEMPEN JOM JIMAT AIR 2016

KEMPEN JOM JIMAT AIR 2016

26 APRIL 2016


Program Kempen Jom Jimat menggalakkan warga SK Ayer Molek mengamalkan amalan berjimat dalam kehidupan. Melalui amalan ini juga secara tidak langsung dapat mendidik murid dengan sikap berjimat dan menghargai sumber air di negara kita serta mencintai alam sekitar.

Antara program yang akan dijalankan dalam kempen Jom Jimat ialah:
            a.            Latihan Dr H2O dan Majlis Pelancaran Program Konservasi Air di sekolah.
            b.            Ceramah dalaman secara berkala dan bengkel cara penggunaan air oleh Dr H2O.
            c.            Ceramah dari pihak SAJ
           d.            Membina mural dan laluan Konservasi Air ( Laluan menuju ke tandas dan kantin)
            e.            Pertandingan melukis poster kempen kesedaran penjimatan air antara kelas

    Objektif Kempen Jom Jimat Air :
    1. Membudayakan amalan penjimatan sumber di sekolah dan di mana-mana sahaja.
    2. Memupuk amalan suka berjimat dan bencikan pembaziran.
    3. Melatih murid cara menjimatkan air.
    4. Menanam sifat cintakan sekolah dan alam sekitar
    5. Melatih murid berfikiran kreatif dan inovatif dalam menggunakan sumber dalam bidang keusahawanan.




    Perasmian Pembukaan KEMPEN JOM JIMAT AIR










    Gimik pelancaran dan persembahan oleh murid tahun 3 Molek Save The Water




    Penyampaian sijil kepada ahli DR H20 oleh guru besar SK Ayer Molek




    Demonstrasi dan bengkel cuci tangan dengan cara yang betul oleh DR H2O.








    No comments:

    Post a Comment