Monday, 27 March 2017


GO GREEN
Menanam menggunakan botol plastik kitar semula.

15 Mac 2017

Murid -murid diberikan pendedahan untuk menggunakan bahan kitar semula bagi tujuan penanaman disamping  meningkatkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya penggunaan kitar semula untuk menjaga alam sekitar.
Murid-murid diberikan pendedahan mengenai amalan Go-Green yang sangat berfaedah dan dapat menjimatkan kos sara hidup di samping mendapat bekalan sayur-sayuran yang bersih daripada racun serangga.
Aktiviti yang dilakukan pada minggu ini ialah penanaman daun bawang dan sawi. Aktiviti penanaman akan diteruskan lagi untuk tanaman sayuran yang lain


Selepas seminggu penanaman




CERAMAH ALAM SEKITAR 
KUIZ BERKAITAN ALAM SEKITAR (KAHOOT)


1 Mac 2017

Seramai 42 ahli kelab alam sekitar diberi pendedahan berkaitan alam sekitar dan isu-isu yang dihadapi pada masa sekarang. Ahli kelab alam sekitar kemudiannya membuat aktiviti menjawab soalan kuiz berkaitan alam sekitar menggunakan aplikasi kahoot.