Monday, 31 October 2016

Kuiz Dr H20 (Kahoot)

17 Oktober 2016

Kuiz Dr H2O dijalankan bagi memingkatkan pengetahuan murid tentang air. Kuiz ini menggunakan website "Kahoot" dimana murid akan bertanding dan murid yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang.




Sebelum Kuiz dijalankan, murid-murid diberi penerangan berkaitan air oleh Guru Sains iaitu Pn Surita Binti Mamat. Murid juga diminta mencari maksud beberapa perkataan seperti kondensasi, penyejatan, air permukaan, air bawah tanah, kitar air dan sebagainya. Murid mencari maksud perkataan menggunakan website google.


Wednesday, 5 October 2016

SUSULAN HASIL PROJEK PENUAIAN AIR HUJAN

CENDAWAN GORENG


28 September 2016

Dr H2O menjalankan aktiviti menggoreng cendawan hasil daripada Projek tanaman Cendawan.



AUDIT AIR KE 2


26 September 2016

Kami telah menjalankan audit air kali ke 2 bersama-sama GES pada 26 September bersamaan hari Isnin.
Terima Kasih diucapkan kepada GES yang banyak membantu dalam menjalankan audit air kali ke 2.  Kami juga telah berbincang bersama-sama GES berkaitan inisiatif yang telah dilakukan bagi mengurangkan penggunaan air di sekolah.





LATIHAN DALAMAN SEBELUM AUDIT AIR KE DUA



21 September 2016

Kami telah menjalankan latihan audit air sebelum Audit air kedua dijalankan di sekolah bersama-sama dengan GES. Latihan awal diberikan kepada ahli Dr H2O bagi mengingatkan mereka kembali cara-cara audit air dilakukan.



MEMBAIKI PAIP YANG BOCOR


05 September 2016

Terdapat beberapa paip di sekitar kawasan sekolah yang mengalami kebocoran kecil akibat terdedah dengan pelbagai gangguan. Antara inisiatif sementara yang dilakukan bagi mengurangkan kos ialah dengan mengikat saluran paip yang bocor dengan menggunakan getah dan melakukan pemantauan di kawasan yang telah dikenal pasti