PROJEK TANAMAN CENDAWAN
(Susulan Aktiviti Penuaian Air Hujan)
15-8-2016
Projek Penuaian Air
Hujan merupakan salah satu inisiatif yang dirancang selari dengan program
konservasi air. Projek melestarikan alam sekitar juga secara langsung dapat
memberi pendedahan kepada murid untuk menggunakan sumber yang sedia ada untuk
tujuan keusahawanan bagi menjimatkan kos penyelenggaraan.
Air Hujan yang dikumpul akan
digunakan untuk tujuan Projek tanaman Cendawan.
a.
Projek Tanaman Cendawan
(Self - Pick Mushroom)
c.
Seterusnya, program ini
dapat mengumpul dana dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Program ini juga
dapat mendidik dan mengasuh murid-murid di sekolah untuk mengaplikasikan kaedah
penjimatan air di rumah.
Projek Tanaman Cendawan ini telah ditempatkan berdekatan dengan kawasan tadahan air hujan supaya murid dapat menggunakan air tadahan dengan mudah.
Kawasan Tanaman Cendawan anggaran 10 m dari tempat tadahan air
Rumah Cendawan
Berikut adalah cendawan yang telah mengeluarkan hasilnya. Hasil cendawan ini akan dijual dan dijadikan sumber kewangan Persatuan Alam Sekitar dan Didik Bistari. Aktiviti ini dapat mendidik dan memupuk elemen keusahawanan dalam kalangan murid.
Murid-murid mula menyusun benih cendawan.
Penglibatan ibu bapa, guru dan murid dalam membina rumah cendawan.
Murid mengutip cendawan yang telah matang.
Hasil tuaian cendawan dan akan di bungkus untuk jualan kepada ibu bapa dan guru-guru.
Murid-murid membersihkan, menimbang dan membungkus cendawan