Tuesday, 26 July 2016

PROJEK SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN.

14-08-2016

Projek Sistem penuaian air hujan melibatkan 2 tangki tadahan yang berkapasiti 80 gelen dan 100 gelen air. kami menggunakan garter sepanjang 12 m dan 6 meter. 
Simpanan air yang ditakung akan digunakan untuk Projek Tanaman Cendawan yang ditempatkan di kawasan yang berdekatan.



01-08-2016
Berikut adalah gambar-gambar pemasangan garter dan tangki tadahan air hujan oleh pekerja sekolah.




26-07-2016.
Kami telah memulakan langkah untuk projek penuaian air hujan. Untuk pemasangan sistem penuaian air hujan, warga sekolah turut dilibatkan dalam projek ini. 




TAPAK SEBELUM MELAKSANAKAN PROJEK PENUAIAN AIR HUJAN



PROJEK TANAMAN SUNNAH

18-07-2016
Pihak sekolah telah menjalankan inisiatif dengan menaman pokok-pokok yang tidak memerlukan banyak penggunaan air. Antara pokok yang ditanam ialah Pokok Kurma, Pokok  zaitun, Pokok Delima dan Pokok Tin. Pokok-pokok ini sangat sesuai ditaman pada iklim panas dan melibatkan penggunaan air yang minimum berbanding pokok-pokok yang lain.


Tanaman ini telah ditaja oleh "MY SAHABAT" dan boleh mendatangkan hasil yang
 lumayan kepada pihak sekolah.


Berikut adalah antara beberapa jenis pokok yang telah di tanam di sekitar kawasan sekolah. Pokok-pokok lain juga akan disumbangkan dan ditanam pada masa akan datang.


Tuesday, 19 July 2016

PROJEK MURAL KONSERVASI AIR

LANGKAH 5- 14-08-2016
Mural yang telah siap di lukis dan diwarna. Kami masih menunggu papan tanda "Tajuk Mural" untuk digantungkan.



LANGKAH 4 - 12-08-2016
MELUKIS DAN MEWARNA MURAL


LANGKAH 3-26-07-2016
MELUKIS MURAL

Projek Mural Konservasi Air diteruskan dengan aktiviti melukis dan mengecat. Dr H20 turut serta dalam penghasilan mural bersama-sama dengan Guru River Ranger.




LANGKAH 2 -24-07-2016
MENGECAT LATAR BELAKANG





LANGKAH 1 - 19-07-2016
PERSEDIAAN AWAL

Aktiviti penjimatan air di sekolah diteruskan dengan Projek Mural dan Laluan Konservasi Air. Pada 19 Julai 2016, kami telah memulakan langkah dengan membersihkan dan meratakan dinding sebelum mengecat dinding.



DINDING DAN LALUAN ASAL