Tuesday, 21 June 2016


SUSULAN KEMPEN JOM JIMAT AIR 


(Pemantauan dan Pemberian Token Dr H2O kepada murid Prasekolah yang mengamalkan cara penjimatan air yang betul)

Pada 13 Jun 2016, Dr H20 telah menjalankan pemantauan secara berkala terhadap murid prasekolah sempena kempen jom jimat air. Program ini hanya melibatkan murid prasekolah yang tidak berpuasa sahaja. Pemantauan secara berkala ini direkodkan ke dalam borang yang disediakan sekali seminggu. Pemberian Token Dr H2O akan diteruskan selepas bulan puasa kepada murid prasekolah dan murid tahun 1 hingga 6 yang berjaya mengamalkan penjimatan air yang betul