Sunday, 4 December 2016

Water Play

13 November 2016

Sekolah kami telah mendapat jemputan untuk menyertai aktiviti Water Play pada 13 November 2016. Seramai 2 orang guru bersama 20 orang ahli DrH20 telah menyertai acara Water Play yang diadakan di SMK Sultan Ismail. Acara terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pembentangan Inisiatif Kreatif & Permainan Air Yang melibatkan 4 Stesen. Aktiviti yang diadakan di setiap stesen sangat menarik dan mencabar minda murid.Sekolah kami telah mendapat tempat kelima bagi pembentangan inisiatif kreatif manakala saguhati bagi acara permainan waterplay. Banyak yang dipelajari daripada acara Water Play ini. Selain dapat belajar sambil bermain, kami juga dapat bertukar-tukar pendapat serta berkongsi inisiatif dengan sekolah-sekolah lain.

Gambar di atas adalah antara aktiviti yang dijalankan untuk acara Water Play






Seramai 5 murid telah membuat perbentangan Inisiatif yang telah dijalankan di sekolah berkaitan penjimatan air.






Monday, 31 October 2016

Kuiz Dr H20 (Kahoot)

17 Oktober 2016

Kuiz Dr H2O dijalankan bagi memingkatkan pengetahuan murid tentang air. Kuiz ini menggunakan website "Kahoot" dimana murid akan bertanding dan murid yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang.




Sebelum Kuiz dijalankan, murid-murid diberi penerangan berkaitan air oleh Guru Sains iaitu Pn Surita Binti Mamat. Murid juga diminta mencari maksud beberapa perkataan seperti kondensasi, penyejatan, air permukaan, air bawah tanah, kitar air dan sebagainya. Murid mencari maksud perkataan menggunakan website google.


Wednesday, 5 October 2016

SUSULAN HASIL PROJEK PENUAIAN AIR HUJAN

CENDAWAN GORENG


28 September 2016

Dr H2O menjalankan aktiviti menggoreng cendawan hasil daripada Projek tanaman Cendawan.



AUDIT AIR KE 2


26 September 2016

Kami telah menjalankan audit air kali ke 2 bersama-sama GES pada 26 September bersamaan hari Isnin.
Terima Kasih diucapkan kepada GES yang banyak membantu dalam menjalankan audit air kali ke 2.  Kami juga telah berbincang bersama-sama GES berkaitan inisiatif yang telah dilakukan bagi mengurangkan penggunaan air di sekolah.





LATIHAN DALAMAN SEBELUM AUDIT AIR KE DUA



21 September 2016

Kami telah menjalankan latihan audit air sebelum Audit air kedua dijalankan di sekolah bersama-sama dengan GES. Latihan awal diberikan kepada ahli Dr H2O bagi mengingatkan mereka kembali cara-cara audit air dilakukan.



MEMBAIKI PAIP YANG BOCOR


05 September 2016

Terdapat beberapa paip di sekitar kawasan sekolah yang mengalami kebocoran kecil akibat terdedah dengan pelbagai gangguan. Antara inisiatif sementara yang dilakukan bagi mengurangkan kos ialah dengan mengikat saluran paip yang bocor dengan menggunakan getah dan melakukan pemantauan di kawasan yang telah dikenal pasti


Tuesday, 6 September 2016


KEGUNAAN AIR TADAHAN HUJAN



01 SEPTEMBER 2016

Kami telah melakukan penambahbaikan terhadap tangki tadahan pertama dimana kami membuat saluran air terus ke rumah cendawan. Ini bagi memudahkan murid membuat penyiraman sebanyak 2 kali sehari. 




Bagi tangki kedua, air tadahan digunakan untuk oleh pekerja untuk mencuci mop dan lantai di sekitar kawasan tadahan air hujan.


Air tadahan hujan juga kami gurnakan untuk menyiram pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah.



Proses memantau dan membersihkan juga dilakukan bagi memastikan air tadahan hujan tidak menjadi tempat membiakan jentik-jentik.
Murid-murid juga didedahkan dengan kegunaan air tadahan hujan dan penjagaan air tadahan hujan oleh Guru River Ranger.








Monday, 29 August 2016


PENJAGAAN PROJEK TADAHAN AIR HUJAN


30-OGOS-2016

Terdapat masalah wujud dengan tadahan air hujan di mana ia menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes walaupun baru beberapa hari sahaja air ditakung.
Sehubungan dengan itu, DrH2O telah mengambil inisiatif dengan meletakkan ubat jentik-jentik sebagai langkah berjaga-jaga.


Wednesday, 24 August 2016



PROJEK LUKISAN MURAL DAN LALUAN KONSERVASI AIR


Mural Konservasi Air yang telah siap sepenuhnya









AKTIVITI PEMANTAUAN KEBOCORAN & CARA MENCUCI TANGAN YANG BETUL



Aktiviti pemantauan kebocoran pam tandas dijalankan kerana kebocoran pam tandas menjadi masalah utama kami yang menyebabkan peningkatan bil air sekolah.
Walaupun telah dibaiki, masih berlaku juga kebocoran pam tandas, jadi salah satu usaha yang dilakukan ialah dengan memantau tandas setiap hari sebelum pulang sekolah. Dr H20 akan merekodkan hasil pemantauan di borang yang disediakan dan jika terdapat kebocoran Dr H2O akan melaporkan kepada guru.


Selain memantau kebocoran tandas, DrH2O juga telah membuat pemantauan berkala terhadap murid-murid sekolah yang sedang mencuci tangan di kantin. Murid-murid yang tidak mencuci tangan dengan betul akan ditegur dan di latih oleh Dr H2O.