Monday, 27 March 2017


GO GREEN
Menanam menggunakan botol plastik kitar semula.

15 Mac 2017

Murid -murid diberikan pendedahan untuk menggunakan bahan kitar semula bagi tujuan penanaman disamping  meningkatkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya penggunaan kitar semula untuk menjaga alam sekitar.
Murid-murid diberikan pendedahan mengenai amalan Go-Green yang sangat berfaedah dan dapat menjimatkan kos sara hidup di samping mendapat bekalan sayur-sayuran yang bersih daripada racun serangga.
Aktiviti yang dilakukan pada minggu ini ialah penanaman daun bawang dan sawi. Aktiviti penanaman akan diteruskan lagi untuk tanaman sayuran yang lain


Selepas seminggu penanaman




CERAMAH ALAM SEKITAR 
KUIZ BERKAITAN ALAM SEKITAR (KAHOOT)


1 Mac 2017

Seramai 42 ahli kelab alam sekitar diberi pendedahan berkaitan alam sekitar dan isu-isu yang dihadapi pada masa sekarang. Ahli kelab alam sekitar kemudiannya membuat aktiviti menjawab soalan kuiz berkaitan alam sekitar menggunakan aplikasi kahoot.





Tuesday, 31 January 2017

TAKWIN KELAB ALAM SEKITAR 2017




PELANTIKAN AHLI JAWATAN KUASA TERTINGGI KELAB ALAM SEKITAR 2017




Pada 11 januari 2017, Kelab Alam Sekitar telah menjalankan mesyuarat agong bagi memilih dan melantik ahli jawatankuasa yang baharu bagi tahun 2017.
Pada tahun ini ahli Kelab Alam Sekitar meningkat dari 20 ahli kepada 42 ahli yang melibatkan
 tahun 3 hingga tahun 6.

Berikut adalah gambar ahli jawatankuasa yang baharu bagi tahun 2017.





Setiausaha baharu menjalankan tugas mencatat senarai nama ahli jawatankuasa baharu yang dilantik.

 Ahli kelab mengundi dan memilih pengerusi baharu.




Sunday, 4 December 2016

Water Play

13 November 2016

Sekolah kami telah mendapat jemputan untuk menyertai aktiviti Water Play pada 13 November 2016. Seramai 2 orang guru bersama 20 orang ahli DrH20 telah menyertai acara Water Play yang diadakan di SMK Sultan Ismail. Acara terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pembentangan Inisiatif Kreatif & Permainan Air Yang melibatkan 4 Stesen. Aktiviti yang diadakan di setiap stesen sangat menarik dan mencabar minda murid.Sekolah kami telah mendapat tempat kelima bagi pembentangan inisiatif kreatif manakala saguhati bagi acara permainan waterplay. Banyak yang dipelajari daripada acara Water Play ini. Selain dapat belajar sambil bermain, kami juga dapat bertukar-tukar pendapat serta berkongsi inisiatif dengan sekolah-sekolah lain.

Gambar di atas adalah antara aktiviti yang dijalankan untuk acara Water Play






Seramai 5 murid telah membuat perbentangan Inisiatif yang telah dijalankan di sekolah berkaitan penjimatan air.






Monday, 31 October 2016

Kuiz Dr H20 (Kahoot)

17 Oktober 2016

Kuiz Dr H2O dijalankan bagi memingkatkan pengetahuan murid tentang air. Kuiz ini menggunakan website "Kahoot" dimana murid akan bertanding dan murid yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang.




Sebelum Kuiz dijalankan, murid-murid diberi penerangan berkaitan air oleh Guru Sains iaitu Pn Surita Binti Mamat. Murid juga diminta mencari maksud beberapa perkataan seperti kondensasi, penyejatan, air permukaan, air bawah tanah, kitar air dan sebagainya. Murid mencari maksud perkataan menggunakan website google.


Wednesday, 5 October 2016

SUSULAN HASIL PROJEK PENUAIAN AIR HUJAN

CENDAWAN GORENG


28 September 2016

Dr H2O menjalankan aktiviti menggoreng cendawan hasil daripada Projek tanaman Cendawan.